RM46,000 lesap ditipu sindiket pelaburan

Seorang jurujual wanita mengalami kerugian hampir RM46,000 selepas ditipu sindiket pelaburan tukaran wang asing baru-baru ini. Gambar hiasan 123rf.
Seorang jurujual wanita mengalami kerugian hampir RM46,000 selepas ditipu sindiket pelaburan tukaran wang asing baru-baru ini. Gambar hiasan 123rf.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang jurujual wanita mengalami kerugian hampir RM46,000 selepas ditipu sindiket pelaburan tukaran wang asing baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa berusia 28 tahun itu terjerat dalam penipuan berkenaan selepas berkenalan dengan seorang individu di laman sosial Facebook pada pertengahan Julai lalu.

Menurutnya, mangsa dan suspek telah berhubung melalui aplikasi Messenger di Facebook sebelum bertukar nombor telefon dan berhubung menerusi aplikasi WhatsApp.

"Dalam perkenalan itu, mangsa semakin meletakkan kepercayaan kepada suspek yang kemudiannya menawarkan pelaburan Forex yang akan didagangkan sendiri oleh suspek melalui aplikasi Cainvest.

“Mangsa yang dijanjikan keuntungan tinggi berserta pulangan modal telah bersetuju dengan tawaran itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, mangsa kemudiannya membuat sembilan transaksi pindahan wang berjumlah RM45,979 ke dalam lima akaun bank tempatan.

"Mangsa bagaimanapun menyedari ditipu selepas suspek gagal dihubungi dan aplikasi Cainvest yang digunakan untuk melihat aktiviti dagangan tukaran wang asing juga telah dinyahaktif.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Artikel Berkaitan: