Teruskan merendah diri Khai: Tok Ti

A
A

BERSEMPENA hari ulangtahun kelahiran 25 tahun, penyanyi terkenal, Khai Bahar menerima ucapan daripada penyanyi tersohor, Tok Ti

Dalam ucapan Tok Ti menerusi paparan video selain doa yang baik-baik, penyanyi nombor satu tanah air itu menitipkan pesan.

"Teruskan merendah diri dan selamat maju jaya dalam kerjaya dik," ucap Tok Ti menerusi paparan video.

Sementara itu, penyanyi Dari Jauh Saja dan 123 ini berasa bersyukur dengan ucapan-ucapan hari lahir.

"Terima kasih orang ramai yang dah mengucapkan hari jadi kepada saya. Tak sangka ramai yang sayangkan saya," tuturnya terkedu.

Selain Tok T, Khai turut dibanjiri ucapan daripada artis terkenal lain. Tidak ketinggalan ucapan selamat hari lahir daripada Khai Bahar Empire dan peminat dari negara jiran, Indonesia, Brunei, Taiwan dan beberapa negara lain lagi.

Untuk rekod sebanyak 25 video sebagai simbolik pada hari lahir anak jati kelahiran Kedah.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia