Bantu KKM pantau individu kuarantin di rumah

Kerajaan Selangor menerusi klinik Selcare dicadang membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memantau kesihatan individu positif Covid-19 yang menjalani proses kuarantin wajib di rumah. Gambar hiasan
Kerajaan Selangor menerusi klinik Selcare dicadang membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memantau kesihatan individu positif Covid-19 yang menjalani proses kuarantin wajib di rumah. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menerusi klinik Selcare dicadang membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memantau kesihatan individu positif Covid-19 yang menjalani proses kuarantin wajib di rumah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, klinik-klinik panel di bawah Selcare dapat membantu bagi membuat panggilan secara dalam talian untuk memantau dan memberi khidmat nasihat kepada pihak terlibat sekiranya gejala semakin teruk.

Beliau berkata, cadangan itu berikutan beberapa kes yang berlaku sebelum ini di mana ada pihak yang tidak mendapat panduan sewajarnya sehingga menyebabkan gejala dialami mereka semakin teruk dan mengundang risiko bahaya.

“Klinik-klinik di bawah Selcare boleh berperanan untuk memberi nasihat selain menyediakan ubat-ubatan yang diperlukan berdasarkan pemantauan dilakukan secara dalam talian,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pada Rabu.

Dalam pada itu, Daroyah berkata, kerajaan Selangor juga boleh melaksanakan khidmat kaunseling kepada penduduk di negeri ini yang kehilangan ahli keluarga atau orang tersayang disebabkan oleh Covid-19.

Katanya, pimpinan kawasan perlu memainkan peranan masing-masing bagi membantu pihak yang memerlukan dalam keadaan mencabar ini.

“Kebajikan mereka ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak sama ada wakil rakyat, ahli majlis, ketua kampung, ahli jawatankuasa masjid dan sebagainya,” katanya.

Artikel Berkaitan: