Sila log masuk terlebih dahulu.

PDT Sabak Bernam lulus peruntukan baik pulih jambatan

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sabak Bernam meluluskan kerja baik pulih sebuah jambatan yang rosak akibat ditenggelami limpahan air pasang di Peket 60, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, kerja baik pulih di bawah peruntukan Pembangunan Luar Bandar (PLB) PDT Sabak Bernam itu dijangka dimulakan pada minggu depan.

"Selesai Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor petang Selasa, saya telah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Sabak Bernam telah mengambil maklum berkenaan aduan tersebut," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: ​​​​​​​Jambatan rosak ditenggelami air

Mohd Imran berkata, beliau berterima kasih kepada Pegawai Daerah Sabak Bernam, Amri Ismail dan agensi terlibat yang mengambil tindakan segera demi keselamatan dan kemudahan penduduk.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, sebuah jambatan di Peket 60, di sini rosak akibat ditenggelami limpahan air pasang sejak Isnin.

Jambatan itu menjadi laluan harian kepada penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan: