X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Wanita, teman lelaki mengaku cederakan anak

Meei Yun bersama kekasihnya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu kerana mendera anak perempuanya berusia lima tahun.
A
A

MELAKA - Seorang wanita dan teman lelakinya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka di sini pada Rabu atas tuduhan mencederakan anak perempuannya berusia lima tahun pada dua minggu lalu.

Tertuduh, Tan Meei Yun, 30, dan Chua Wai Hon, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Bagaimanapun mahkamah menangguhkan keputusan terhadap tertuduh bagi menunggu fakta dan hukuman pada 29 September depan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama telah mendedahkan kanak-kanak berusia lima tahun kepada bahaya sehingga menyebabkan cedera di sebuah rumah di Champor Garden City Banda Hilir pada jam 11.30 pagi, 14 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Anis Wahidah Mohamad.

Bagaimanapun kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tidak bekerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin serta syarat dilarang mendekati mangsa.

Pada 15 Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan polis daripada menjadi mangsa dera oleh ibu kandung dan teman lelakinya di rumahnya di Banda Hilir.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kanak-kanak berkenaan disyaki didera menggunakan tangan dan tali pinggang sebelum diselamatkan pada jam 10.45 malam hasil maklumat orang awam sejam 20 minit sebelum itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!