Sarjan mengaku tidak salah masuk dadah dalam badan

Frankie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badannya.
Frankie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badannya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas tuduhan memasukkan dadah jenis ketamin ke dalam badannya pada 6 Ogos lalu.

Tertuduh Frankie Anak Rimong, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret, R Salini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memberikan dadah berbahaya jenis ketamin ke dalam tubuh badannya sendiri.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, jam10.55 pagi, 6 Ogos lalu.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yiew manakala tertuduh diwakili peguam, Chuah Shyue Chien.

Shyue Chien sebelum itu meminta mahkamah mengurangkan ikat jamin kerana tertuduh yang masih bekerja mempunyai tanggungan empat orang anak.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM 2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 5 Oktober depan.

Artikel Berkaitan:

Media pada 6 Ogos lalu melaporkan enam penjawat awam ditahan ketika asyik berhibur bersama 62 individu lain di sebuah pusat hiburan di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiga daripada enam anggota dan pegawai polis yang ditahan khayal di pusat hiburan terbabit dan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 15 Ogos.

Bagaimanapun, anggota dan pegawai polis berusia 29 hingga 31 tahun itu didapati tidak bersalah selepas didakwa bagi pertuduhan menggunakan dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.