Rakyat hendak lihat hasil, bukan nama: Najib

Najib Tun Abdul Razak ketika melepaskan misi sumbangan untuk mangsa banjir Merbok dan Yan di kediamannya hari ini. Foto Sinar Harian / Mohd Halim Abdul Wahid.
Najib Tun Abdul Razak ketika melepaskan misi sumbangan untuk mangsa banjir Merbok dan Yan di kediamannya hari ini. Foto Sinar Harian / Mohd Halim Abdul Wahid.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat kini mahukan keberhasilan daripada pembaharuan yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekarang bukanlah masa untuk memikirkan sama ada mengekalkan nama kerajaan Perikatan Nasional ataupun tidak.

Jelasnya, nama bukanlah keutamaan dan terserah kepada kerajaan baharu yang akan menentukan.

"Result yang baharu ataupun peningkatan dari segi keberhasilan inilah yang rakyat harapkan. Ia berdasarkan pada komen-komen yang saya dapat, teliti dalam media sosial.

"Reaksi rakyat dan penilaian rakyat pada akhirnya bukan pada nama, tetapi kepada keberhasilan.

"Sebab itulah masa saya mentadbir negara, saya utamakan pencapaian diutamakan bahawa kita mesti menunjukkan result. Inilah yang rakyat hendak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat pelepasan penyerahan sumbangan mangsa banjir di Merbok dan Yan, Kedah di kediamannya, di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Najib. ​Foto Sinar Harian / Mohd Halim Abdul Wahid
Najib. ​Foto Sinar Harian / Mohd Halim Abdul Wahid

Mengulas mengenai harapannya kepada jemaah kabinet baharu, ahli Parlimen Pekan itu berkata, Ismail Sabri nampak apa keutamaan yang perlu dibuat.

"Berdasarkan kepada ucapan sulung Perdana Menteri yang menggariskan keutamaan, prioriti untuk kerajaan, nampak beliau memahami apa yang patut diusahakan dan dilakukan oleh kerajaan.

"Kita kena bagi masa sikit untuk pentadbiran baharu ini menggubal strategi-strategi yang perlu dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif yang telah digariskan itu, yakni menangani Covid-19, menguruskan ekonomi dan memupuk semangat kekitaan sesama kita.

"Apa yang rakyat hendak ialah pembaharuan. Kalau strategi lama, dasar lama tak ada berkeberhasilan.

"Maka, perlulah diubah dan dicari pendekatan dan strategi baru kerana kalau strategi lama tidak nampak 'result' maka kalau diteruskan maka tak boleh diharapkan," jelasnya.