75 penduduk Pulau Perhentian positif Covid-19

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 1,125 penduduk Pulau Perhentian, Besut menjalani ujian calitan Covid-19 selepas 75 penduduk disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, proses ujian saringan itu yang melibatkan hampir 70 peratus penduduk dilaksanakan sejak Jumaat lalu dan dijangka selesai sepenuhnya petang Rabu.

"Punca penularan Covid-19 bukan daripada pelancong sebaliknya pergerakan penduduk pulau yang berulang-alik menjalankan beberapa urusan di tanah besar.

"Bagi mengekang penularan lebih besar, sekatan pergerakan keluar masuk ke Pulau Perhentian juga dimulakan sejak Jumaat lepas," katanya pada Rabu.

Dr Kasemani berkata, 75 penduduk yang positif kini menerima rawatan di Hospital Setiu dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKR) di Kem Wawasan serta Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut.

"Semua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Bagi penduduk berstatus kontak rapat pula, mereka telah diberikan arahan untuk kuarantin di rumah dengan pengawasan ketat oleh penguatkuasa kesihatan dan Polis Diraja Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan: