Pochettinho yakin Mbappe terus beraksi dengan PSG

Mbappe - Foto teamAlgulf
Mbappe - Foto teamAlgulf
A
A
A

PENGENDALI Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino yakin bintang Perancis, Kylian Mbpappe akan terus beraksi dengan skuad kendaliannya itu bagi mengharungi musim ini.

Menurut Pochettion, Mbappe dilihat begitu bersemangat dan ia menggambarkan bahawa pemain berusia 22 tahun itu sedia memberikan yang terbaik kepada skuad Les Parisiens itu musim ini.

Malah katanya, biarpun banyak spekulasi diperkatakan mengenai pemain berusia 22 tahun itu, namun Mbappe tetap kelihatan tenang.

“Perkara ini menunjukkan dia masih pemain PSG dan saya yakin, dia tidak akan ke mana-mana. Lagi pun, situasi seperti ini adalah asam garam dalam sukan bola sepak.

“Ketika berbual dengannya, kami hanya bercakap mengenai bola sepak. Lagi pun, Mbappe hanya memiliki kontrak setahun lagi dengan kita, itu pun jika dia tidak mahu menyambungnya.

“Tetapi berdasarkan pemerhatian saya, dia kelihatan gembira berada di sini sebagaimana kami gembira dengan kehadirannya,” katanya.

Sementara itu, Pochettion enggan mengulas lanjut berhubung kemungkinan PSG menandatangani penyerang Brazil, Richarlison dalam masa terdekat.

Katanya, perkara itu hanya mula diperkatakan berikutan berita yang mengatakan Mbappe bakal menandatangani kontrak dengan gergasi La Liga, Real Madrid, minggu ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya tak mahu mengulas mengenai perkara ini kerana kedatangannya (Richarlison) mungkin sebagai solusi terakhir jika Mbappe benar-benar meninggalkan PSG,” katanya.