X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Vaksin: Selangor sedia beri dos ketiga menerusi SelVAX

Sidang DUN Selangor. Gambar kecil: Siti Mariah
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedang membuat persiapan bagi memberikan suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga buat penduduk di negeri ini menerusi Program Vaksin Selangor (SelVAX).

Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, selain itu, program berkenaan akan turut memberi fokus kepada penerima vaksin bagi golongan berumur 18 tahun ke bawah selepas ini tertakluk kepada kelulusan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Siti Mariah berkata, Selgate Corporation juga memutuskan untuk meneruskan penjualan vaksin menerusi klinik-klinik panel di seluruh negara bagi membantu melaksanakan pemberian suntikan vaksin buat seluruh masyarakat.

“Pemberian vaksin secara percuma termasuk inisiatif secara bergerak juga akan diteruskan oleh kerajaan negeri selepas ini,” katanya sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berlangsung pada Rabu.

Siti Mariah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dikemukakan oleh Wong Siew Ki (DAP-Balakong) berhubung baki vaksin menerusi program SelVAX dan perancangan dengan baki vaksin berkenaan.

Dalam pada itu, Siti Mariah berkata, sehingga 22 Ogos lalu, bilangan dos vaksin yang telah disuntik bagi Program SelVAX Komuniti adalah sebanyak 224,880 dos dan masih berbaki 275,120 dos.

“Bagi Program SelVAX Industri pula, bilangan dos vaksin yang telah disuntik bagi tempoh sama adalah sebanyak 142,719 dos daripada 750,000 dos yang diperuntukkan berdasarkan stok dibeli dan berbaki sebanyak 607,281 dos,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!