Antivaksin makin bermaharajalela

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS hampir dua tahun dunia dan Malaysia terpenjara dengan pandemik Covid-19, kita kini sedang memasuki fasa baharu.

Walaupun kes Covid-19 masih direkodkan, namun kes-kes dengan simptom teruk pada tahap empat dan lima semakin berkurangan. Di Malaysia, data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyaksikan rekod kemasukan pesakit Covid-19 warga emas ke ICU dan kes kematian golongan itu mencatatkan penurunan mendadak.

Ini kerana golongan warga emas menjadi kelompok pertama penerima vaksin di Malaysia bermula April lalu. Dua hari lalu pula, susulan jumlah pesakit Covid-19 semakin berkurangan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang memulangkan semula 80 unit mesin Oxygen Concentrator yang dipinjam daripada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 MAEPS. Petunjuk-petunjuk positif itu menunjukkan program vaksinasi negara sedang membuahkan bibit-bibit kejayaan.

Namun, di sebalik berita baik ini, ramai tersentak dengan sikap kumpulan antivaksin yang semakin berani. Sikap agresif itu dipercayai ada kaitan dengan kelonggaran diberikan kerajaan kepada kumpulan penerima vaksin lengkap dua dos.

Kelmarin, tular seorang wanita dan keluarganya yang enggan menerima vaksin tetapi berbangga apabila mereka tetap boleh dine-in dan dapat masuk kedai menggunting rambut. Wanita dan keluarganya itu bukan sahaja mementingkan diri dengan membahayakan nyawa orang lain, bahkan bersikap biadab dengan memperlekehkan penguatkuasaan oleh pihak-pihak berkuasa dan peniaga.

Dalam satu kes lain, kelompok antivaksin bertindak lebih berani dengan menawarkan rasuah kepada klinik-klinik swasta untuk mendapatkan sijil vaksin tanpa perlu mereka disuntik vaksin.

Perkara itu didedahkan sendiri sebuah klinik swasta yang mendakwa mereka ditawarkan sehingga RM1,000 untuk setiap satu sijil vaksin.

Mereka tidak boleh dibiarkan bermaharajalela dengan mempengaruhi orang lain di sosial media. Mereka juga tidak boleh dibiarkan membahayakan nyawa orang ramai apabila mereka berlagak sudah divaksin dan kembali bergaul dalam masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Dan lebih penting, mereka tidak boleh menggagalkan misi mencapai komuniti kelompok.

Benar, hak untuk tidak divaksin adalah hak individu tetapi kami 32 juta rakat Malaysia yang lain juga ada hak untuk hidup sihat dan selamat!