Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 buka tirai

Bonnie Bunyau bersama Siti Nooriasah membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik pada Selasa malam. -Foto Bernama
Bonnie Bunyau bersama Siti Nooriasah membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik pada Selasa malam. -Foto Bernama
A
A
A

TEMASYA Sukan Paralimpik Tokyo 2020 membuka tirai dengan upacara perasmian pembukaan di Stadium Nasional tetap berlangsung meriah pada Selasa malam.

Di sebalik kebimbangan ekoran pandemik Covid-19, bandar raya Tokyo sekali lagi bersedia menganjurkan temasya sukan terbesar membabitkan orang kelainan upaya (OKU) itu.

Sebagai rekod, Tokyo menjadi bandar raya pertama yang menganjurkan Sukan Paralimpik sebanyak dua kali selepas edisi 1964.

Namun, temasya kali ini dianjurkan dalam keadaan yang tidak pernah dijangkakan mana-mana pihak apabila buat pertama kali, ucapara perasmian itu berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Seramai 4,403 atlet daripada 162 negara termasuklah pasukan pelarian mengambil bahagian dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa menyifatkan ia sebagai 'pencapaian mengagumkan'.

Berlangsung di atas pentas yang mirip seperti lapangan terbang, atlet memasuki stadium berdasarkan urutan abjad Jepun selepas pasukan pelarian untuk meraikan permulaan Sukan Paralimpik yang ditangguhkan lebih setahun.

Pada temasya Sukan Paralimpik kali ini, kontinjen Malaysia yang diketuai Chef de Mission, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menampilkan 22 atlet termasuk empat alet wanita dengan sasaran membawa pulang tiga pingat emas.

Dalam upacara pembukaan itu, jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau dan atlet olahraga wanita negara, Siti Nooriasah Mohamad Ariffin diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Artikel Berkaitan:

Turut sama pada upacara pembukaan itu ialah jaguh olahraga, Muhammad Ziyad Zolkefli, pemanah, S Suresh dan atlet tenis berkerusi roda, Abu Samah Borhan.

Kali ini, sekitar 4,400 atlet dari 162 negara ahli majlis paralimpik akan bertanding merebut 539 pingat membabitkan 22 sukan.