X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Zhen Yi masih buru dua slot terbaik Kumpulan A

A
A

ONG Zhen Yi masih meletakkan sasaran dua tempat terbaik dalam Kumpulan A walaupun tewas kepada Justin Hoh pada perlawanan perseorangan lelaki pada hari kedua Kejohanan Ranking Dalaman Remaja anjuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Selasa.

Pemain remaja negara berusia 17 tahun itu gagal mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tewas 21-19, 15-21, 12-21 kepada Justin pada saingan di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara di sini.

Keputusan itu bermakna Zhen Yi perlu berebut kedudukan dua slot terbaik dalam kumpulan dengan Justin dan Eogene Ewe Won selepas kesemua mereka berkongsi empat mata.

“Dua perlawanan semalam adalah sengit tetapi saya cuba bersungguh-sungguh dan memberi yang terbaik hari ini. Saya akan cuba untuk menghuni kedudukan dua terbaik tetapi perlu konsisten dalam setiap perlawanan kerana terpaksa mengharungi enam perlawanan,'' katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Eogene, yang memang dua perlawanan semalam, gagal mengekalkan momentum apabila tewas kepada Chia Jeng Hon 12-21, 15-21.

Saingan Kumpulan B turut menyaksikan aksi menarik apabila tiga pemain - Jan Jireh Lee, Muhd Adam Shaz Mohd Shazlan dan Anson Cheong - berkongsi empat mata di belakang pendahulu kumpulan Rex Hooi Shao Herng.

Jireh Lee mengatasi Dylan Ooi 21-9, 21-12 manakala Adam Shaz terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan Lok Hong Quan 21-17, 10-21, 21-14.

Sementara itu Anson mencatat kemenangan kedua dengan mengalahkan Low Han Cheng 21-8, 21-15.

Dalam pada itu Aaron Tai mengungguli Kumpulan C dengan mengutip mata maksimum selepas memenangi kesemua tiga perlawanan termasuk mengatasi Yeow Chun Cher 21-13, 23-21.

Dalam acara perseorangan wanita, Siti Nurshuhaini Azman, Tang Zhin Yi dan Ong Xin Yee masing-masing mengekalkan rekod tanpa kalah selepas dua perlawanan dalam Kumpuan A.

Siti Nurshuhaini mengalahkan Loh Zhi Wei 21-16, 21-12; Zhing Yi menundukkan Chan Wan Tse 21-19, 21-17; dan Xin Yee mengalahkan Joanne Ng May Yin 22-20, 21-17.

Siti Zulaikha Muhd Azmi menguasai Kumpulan B dengan empat mata dari dua kemenangan manakala Kumpulan C menyaksikan Chong Jie Yu dan Tan Zhing Hui menduduki dua tempat teratas dengan masing-masing mengumpul empat mata. -Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!