Bekas PAT ketujuh meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth meninggal dunia pada pagi Selasa akibat komplikasi jangkitan paru-paru.
Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth meninggal dunia pada pagi Selasa akibat komplikasi jangkitan paru-paru.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth meninggal dunia pada pagi Selasa akibat komplikasi jangkitan paru-paru.

Anak lelakinya, Datuk Mohd Badlisham Ghazali, 58, berkata, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur sejak seminggu lepas setelah mengadu sakit perut.

"Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira 10 pagi di sisi emak saya, Puan Sri Norziah Onn dan kakak-kakak saya.

"Doktor yang merawat Allahyarham bapa saya memberitahu punca kematian adalah akibat jangkitan paru-paru," katanya kepada Bernama pada Selasa.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, Allahyarham mempunyai sejarah menghidap penyakit kanser usus, bagaimanapun ia telah sembuh.

Mohd Badlisham juga berkata, bapanya merupakan seorang yang aktif dari segi fizikal serta mental dan menyifatkan pemergian Panglima Angkatan Tentera ketujuh itu sebagai sesuatu yang berlaku secara mengejut.

"Pagi tadi dia dilihat okay dan stabil, bagaimanapun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," kata beliau.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Artikel Berkaitan:

Jenazah Allahyarham telah disempurnakan di Masjid Khalid Al Walid, Kementerian Pertahanan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara kira-kira jam 2.30 petang dan selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada kira-kira 4.30 petang. - Bernama