Berita Lajim meninggal dunia tidak benar

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Berita yang tular mendakwa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin meninggal dunia adalah palsu.

Perkara itu disahkan oleh pegawai khasnya, Ismail Norazman melalui satu hantaran di Facebook berhubung berita tidak benar itu.

Beliau memaklumkan menerima berita yang ditularkan di media sosial mengatakan bahawa Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu telah tiada.

"Beliau masih dalam keadan stabil walaupun kritikal selepas ditidurkan sejak jam 2 petang tadi.

"Sebaran berita itu adalah palsu. Saya berharap mesej yang tular tersebut dihentikan dan sebaran berita tidak sahih tidak dikongsi," katanya.

Beliau dalam pada itu turut meminta supaya mendoakan kesembuhan kepada Timbalan Ketua Bersatu Beaufort itu yang kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

"Bersama kita mendoakan kesembuhan Datuk Seri Panglima melawan Covid-19 yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital KPJ," katanya.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan bekas ahli Parlimen Beaufort itu ditidurkan selepas dijangkiti Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Keadaan kesihatan beliau mulai merosot sejak Isnin selepas dimasukkan ke hospital lapan hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lajim ditidurkan selepas dijangkiti Covid-19