India bawa keluar 78 orang lagi dari Kabul

India pada Selasa membawa keluar 78 orang lagi dari Kabul ketika Amerika Syarikat (AS) melakukan persiapan mengundurkan baki tenteranya dari Afghanistan menjelang tarikh akhir. Gambar sumber Internet.
India pada Selasa membawa keluar 78 orang lagi dari Kabul ketika Amerika Syarikat (AS) melakukan persiapan mengundurkan baki tenteranya dari Afghanistan menjelang tarikh akhir. Gambar sumber Internet.
A
A
A

NEW DELHI - India pada Selasa membawa keluar 78 orang lagi dari Kabul ketika Amerika Syarikat (AS) melakukan persiapan mengundurkan baki tenteranya dari Afghanistan menjelang tarikh akhir, 31 Ogos.

Kira-kira 800 warga India dan Afghanistan diterbangkan ke New Delhi sejak 16 Ogos.

“Mereka yang dibawa keluar pada Selasa termasuk 25 warga India,” kata jurucakap Kementerian Luar Arindam Bagchi di Twitter.

Kumpulan itu diterbangkan dari Kabul ke Dushanbe, Tajikistan dengan pesawat Tentera Udara India sebelum dibawa ke New Delhi dengan pesawat komersial India.

Seramai 168 orang yang dibawa keluar itu termasuk 23 penganut Sikh Afghanistan dan Hindu, mendarat di pangkalan udara tentera pada Ahad.

Mereka termasuk dua Ahli Parlimen Afghanistan, Anarkali Kaur Honaryar dan Narender Singh Khalsa, serta anggota keluarga masing-masing.

Seramai 146 lagi warga India yang dipindahkan ke Qatar dari Afghanistan, tiba dengan pesawat lain.

Ratusan rakyat India bekerja untuk misi diplomatik, projek tempatan dan dengan majikan asing di Afghanistan.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan negara asing meningkatkan usaha membawa keluar rakyat masing-masing selepas gerakan Taliban menguasai Kabul pada 15 Ogos.

Walaupun Taliban menguasai negara itu, lapangan terbang antarabangsa di Kabul masih berada di bawah tentera AS dan NATO.

Jurucakap Taliban Suhail Shaheen pada Isnin memberi amaran "akibat" yang perlu ditanggung jika tentera asing tinggal melebihi tarikh akhir.- Bernama