X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Polis edar fotofit, gambar suspek kes rompakan kedai emas

Beberapa fotofit dan gambar individu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes rompakan sebuah kedai emas di Kepong, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengedarkan fotofit dan gambar individu bagi membantu siasatan berhubung kes rompakan sebuah kedai emas di Kepong di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, beberapa imej individu yang dirakamkan di tempat kejadian serta fotofit penjenyah dipadankan berdasarkan keterangan saksi.

"Kita memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai butiran peribadi individu berkenaan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Azrizal Khairul di talian 019-2769117 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482206," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Ahad, empat lelaki bersenjatakan sebilah kapak dan sebatang tukul besi memecahkan cermin kaunter dan almari pameran barang kemas kedai berkenaan sebelum melarikan sejumlah rantai leher dan rantai tangan dianggarkan bernilai RM50,000.

Penjenayah berkenaan menaiki dua buah motosikal jenis Yamaha Y150ZR warna hitam dan turquoise hitam.

Bagaimanapun, semakan mendapati nombor pendaftaran kedua-dua motosikal tersebut adalah palsu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!