'Putera pertama selepas 7 tahun'

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Danny X-Factor dan isteri selamat menimang cahaya mata lelaki pertama, pukul 11.15 pagi, Khamis.

Perkongsian tersebut dikongsi Danny di Instagram miliknya beserta gambar baby dan ayah yang sedang mengazankan cucu lelaki pertama.

No Image Caption

Dikesempatan itu anak jati kelahiran Kelantan, 38, ini turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejateraan buat keluarga mereka.

No Image Caption

"Buat tatapan teman-teman semua. Ini lah putera kami yang pertama selepas penantian selama tujuh tahun.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Terima kasih juga kepada isteri saya @lynkhardanie yang bersusah payah selama 38 minggu dua hari.

"Terima kasih semua yang doa dan ucap tahniah syukur. Ahamdulillah," ungkap Danny sekali gus mengumumkan nama anak lelaki mereka, Ebrahim Dhanie.

Rata-rata komen yang ditinggalkan oleh peminat Danny gembira dengan perkhabaran itu.

Tidak kurang yang berkongsi cerita yang sama.