Enam lokaliti di Sabah, tiga di Pahang kena PKPD

PKPD melibatkan beberapa lokaliti itu bermula 26 Ogos hingga 8 September, 2021. Gambar hiasan
PKPD melibatkan beberapa lokaliti itu bermula 26 Ogos hingga 8 September, 2021. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak enam lokaliti di Sabah dan tiga lokaliti di Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 26 Ogos hingga 8 September depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti di Sabah membabitkan kawasan Penampang dan Beaufort dan masing-masing dua lokaliti di Tawau dan Kota Belud.

Di Pahang pula, tiga lagi lokaliti dikenakan PKPD iaitu membabitkan perkampungan orang asli Mukim Ulu Tenom di Cameron Highlands, Pahang.

"Setelah meneliti analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilanjutkan di beberapa lokaliti di Sabah iaitu di Kampung Pulau Penampang, Kampung Gudon dan Kampung Lobou di Kota Kinabalu; Kampung Menunggui di Kota Belud; Kampung Tengah, Kinarut di Papar dan Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru di Ranau.

“Pelanjutan itu akan bermula dari 26 Ogos hingga 8 September depan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain itu, beberapa kawasan di Pahang dan Kelantan turut ditamatkan perintah PKPD iaitu di Felda Jengka 25 di Temerloh dan Felda Tersang 1, 2 dan 3 di Raub pada 25 Ogos.

Di Kelantan pula, dua lokaliti iaitu di Ladang Kerilla, Tanah Merah dan Kampung Kubang Sawa di Tumpat ditamatkan perintah PKPD pada 25 Ogos, dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu 27 Ogos.

Artikel Berkaitan: