Polis buru sekumpulan lelaki gaduh guna senjata

Rakaman kes pergaduhan di Perumahan Awam DBKL, Setapak Jaya, Kuala Lumpur pada Ahad.
Rakaman kes pergaduhan di Perumahan Awam DBKL, Setapak Jaya, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan individu yang terlibat kes pergaduhan di Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Setapak Jaya di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya pada Selasa mengesan satu video tular berhubung pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di media sosial.

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 pagi Ahad di parkir kawasan perumahan tersebut.

"Dalam kejadian itu, enam lelaki dipercayai warga tempatan bersenjatakan mangga kunci, topi keledar dan pisau telah memukul dua lelaki di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ashari berkata, kejadian itu telah dirakamkan penduduk di kawasan perumahan tersebut sebelum ditularkan di media sosial.

"Kita masih mengesan suspek yang masih bebas. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Emilia Jamil di talian 016-2479017 atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan S Gopal di talian 012-5120242," kata beliau.

Artikel Berkaitan: