Jenazah bekas PAT ketujuh, Mohd Ghazali selamat dikebumikan

Jenazah bekas Panglima Angkatan Tentera Jen (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Jenazah bekas Panglima Angkatan Tentera Jen (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Panglima Angkatan Tentera Jen (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini petang Selasa.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bahagian Hal Ehwal Awam dalam kenyataan memaklumkan Mohd Ghazali, 92, yang merupakan Panglima Angkatan Tentera ketujuh itu, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 pagi Selasa.

"Jenazah Allahyarham telah disempurnakan di Masjid Khalid Al Walid, Kementerian Pertahanan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) kira-kira jam 2.30 petang tadi.

"Selepas selesai solat jenazah, jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara untuk dikebumikan dengan kehadiran anggota keluarga terdekat sahaja," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan seluruh warga ATM menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. - Bernama

Artikel Berkaitan: