Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis ambil keterangan mangsa gangguan seksual

Abd Jalil
Abd Jalil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes dakwaan gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan masih diteruskan dan polis juga sedang menunggu saksi-saksi lain untuk membantu siasatan.

"Kita sudah mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dalam kes ini, namun tidak boleh mendedahkan siapa mangsa tersebut dan jumlah saksi yang sudah tampil untuk membantu siasatan.

"Sejak kenyataan akhbar sebelum ini, tiada saksi-saksi baharu yang tampil," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, PDRM mengesahkan telah mengambil rakaman percakapan daripada pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew bagi membantu siasatan berkenaan dakwaan gangguan seksual.

Difahamkan, siasatan terhadap Ebit Lew dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu.

Siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes gangguan seksual: Beberapa individu dipanggil beri keterangan.

Artikel Berkaitan:

[VIDEO] Ebit Lew dipanggil sebagai saksi berhubung kes fitnah