131 Sahabat AIM sekitar Yan terima bantuan makanan

Ketua Pegawai Operasi AIM, Shamir Aziz (kiri) mengunjungi kediaman Sahabat AIM, Zawiyah Ahmad yang mengalami kerosakan harta benda akibat banjir besar di Yan, pada Isnin.
Ketua Pegawai Operasi AIM, Shamir Aziz (kiri) mengunjungi kediaman Sahabat AIM, Zawiyah Ahmad yang mengalami kerosakan harta benda akibat banjir besar di Yan, pada Isnin.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 131 Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang terkesan akibat banjir besar melanda kawasan sekitar Yan menerima bantuan bekalan makanan.

Ketua Pegawai Operasi AIM, Shamir Aziz berkata, Sahabat AIM yang terkesan melibatkan tujuh blok iaitu blok Tanjung Dawai, Jerai, Semeling, Amanjaya, Merbok, Bedong dan Sungai Limau.

Shamir berkata, AIM mengambil insiatif menyumbangkan bantuan makanan antaranya beras, gula, tepung, minyak masak, susu dan bihun.

"Selain bantuan diterima, tugas-tugas pembersihan kediaman telah dan sedang giat dilakukan oleh sukarelawan yang digerakkan ke kawasan berkenaan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Sumbangan diberikan berikutan sejumlah 131 kediaman Sahabat AIM terkesan teruk apabila arus deras membawa sekali lumpur tebal yang merosakkan harta benda mereka dalam banjir besar berpunca daripada fenomena kepala air di Gunung Jerai, " katanya dalam kenyataan Unit Komunikasi Korporat AIM, pada Selasa.

Shamir turun padang menyerahkan bantuan makanan dan meninjau sendiri keadaan rumah Sahabat AIM yang kebanyakannya mengalami kerosakan teruk, pada Isnin.

Hadir bersama Sahabat AIM ialah Ahli Lembaga AIM, Datuk Mohd Farid Mohamad Ali dan pengurusan kanan.

Terdapat 3,162 orang Sahabat AIM di Yan dan kebanyakan daripada mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual makanan, berniaga kedai runcit, petani ataupun nelayan.

Artikel Berkaitan: