Tiada undang-undang boleh dikenakan kepada golongan antivaksin

Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Selangor pada Selasa.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Selangor pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengambilan vaksin Covid-19 belum menjadi mandatori dan tiada sebarang peruntukan undang-undang boleh dikenakan terhadap golongan yang enggan mendapatkan suntikan berkenaan, kata Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Siti Mariah berkata, selagi tiada peruntukan undang-undang ditetapkan, kerajaan negeri juga tidak boleh memaksa atau mengambil tindakan ke atas pihak terbabit berikutan langkah itu adalah bukan satu kesalahan.

Beliau berkata, buat masa ini, kerajaan negeri hanya boleh membantu dalam menggiatkan lagi kempen dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat berhubung kepentingan pengambilan vaksin.

“Seperti kita sedia maklum, tak semua pengusaha restoran dan kedai makan menguatkuasa atau memeriksa sama ada pelaggan mereka telah lengkap divaksin kerana akhirnya semuanya adalah membabitkan duit (keuntungan).

“Jadi, ini yang perlu kita tekankan untuk memberi kesedaran kepada semua orang ramai menerusi kempen kerana jika mereka tidak lindungi diri sendiri pun, sekurang-kurangnya mereka mempunyai kesedaran untuk melindungi orang lain,” katanya sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Selangor pada Selasa.

Siti Mariah berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Mohd Sany Hamzan (Amanah-Taman Templer) berhubung apakah langkah yang akan diambil kerajaan negeri terhadap individu-invidu yang enggan mengambil vaksin Covid-19 di Selangor.

Sebelum ini, tular satu tangkap layar yang dimuat naik di laman Twitter memaparkan tindakan seorang wanita yang didakwa melakukan 'eksperimen sosial' dengan makan di sebuah restoran walaupun belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 seperti ditetapkan oleh kerajaan.

Tindakan wanita berkenaan telah mendapat kecaman netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan kelakuannya yang didakwa boleh mengundang risiko kepada pihak lain.

Artikel Berkaitan: