X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Pemandu kereta positif dadah direman 7 hari

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Selasa bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan pihak polis terhadap kemalangan maut yang berlaku pada 21 Ogos lalu.
A
A

MANJUNG - Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan maut sehingga mengorbankan tiga nyawa pada 21 Ogos lalu direman selama tujuh hari bermula Selasa.

Perintah reman dibuat di Mahkamah Majistret Seri Manjung dan dikeluarkan oleh Majistret Nurul Izalina Rajaai.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lelaki warga tempatan berusia 38 tahun itu akan direman sehingga 30 Ogos bagi membantu siasatan kes kemalangan terbabit.

Beliau turut mengesahkan ketika kejadian suspek dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah.

Pada Isnin, lelaki tersebut tampil menyerah diri kepada pihak polis apabila dia hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada jam 2.50 petang.

Sebelum ini, lelaki terbabit dikesan melarikan diri selepas kejadian kemalangan yang mengorbankan nyawa dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal.

Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methaphitamine.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pada 22 Ogos lalu, polis Manjung menahan seorang penumpang kereta yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tiga nyawa di KM4 Jalan Kampung Acheh-Sitiawan pada Sabtu.

Lelaki berusia 24 tahun yang ditahan itu positif dadah merupakan penumpang hadapan kereta Proton Preve yang dipercayai terbabas melanggar enam motosikal dari arah bertentangan dalam kejadian tersebut.

Dalam kejadian pada jam 5.30 petang itu, mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd Nur Hisham Hassan, 29, Hasrandy Bahrum, 27, dan Mohd Suhail Zainal, 22. Ketiga-tiga mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut nahas lima kenderaan di Sitiawan


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!