Wanita didenda RM4,000 terlibat aktiviti persundalan

Tertuduh semasa hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada Selasa.
Tertuduh semasa hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada Selasa.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang wanita didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah melacurkan diri di sebuah hotel di Kuala Pilah pada 1 Ogos lalu.

Tertuduh, Junaidah Michael Reni Martin, 31, yang berasal dari Sarawak, membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Saiful Sayoti pada Selasa.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 dan lima bulan penjara jika gagal bayar.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaan Raya, Nur'Atiqah Sapari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Menurut kertas pertuduhan, jam lebih kurang 11.50 pagi di sebuah bilik bernombor 513 di sebuah hotel Pusat Komersial Melang, tertuduh telah mencari langganan bagi maksud persundalan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Sementara itu, di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah, seorang lelaki mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menjadi orang tengah dalam aktiviti pelacuran.

Tertuduh, Lim Kevin, 38, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim, Norma Ismail.

Hakim kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dan kes disebut semula pada 23 September 2021.

Artikel Berkaitan:

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Christhoper Enteri Anak Mawan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Menurut kertas pertuduhan, jam lebih kurang 11.50 pagi, di sebuah bilik bernombor 513 di sebuah hotel Pusat Komersial Melang, tertuduh didapati bertindak sebagai orang tengah bagi persundalan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 372 (1)(f) Kanun Keseksaan.