Sidang DUN: Kelantan peroleh RM1.6 bilion pelaburan tahun lepas

Kerajaan negeri Kelantan memperoleh jumlah pelaburan sebanyak RM1.6 bilion melalui enam projek pada tahun lepas.
Kerajaan negeri Kelantan memperoleh jumlah pelaburan sebanyak RM1.6 bilion melalui enam projek pada tahun lepas.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan memperoleh jumlah pelaburan sebanyak RM1.6 bilion melalui enam projek pada tahun lepas.

Exco Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hanifa Ahmad berkata, sumbangan tertinggi pelaburan ini adalah melibatkan sektor pembangunan di beberapa daerah dan lokasi di negeri ini.

"Sebagai contohnya industri bandar perabot di Gua Musang adalah berjumlah RM1 bilion dan Taman Industri Sistem Binaan (IBS) di daerah Machang pula adalah RM300 juta.

"Dua projek ini sahaja boleh membuka ruang pekerjaan sebanyak 5,000 orang apabila ia beroperasi sepenuhnya," katanya.

Beliau menjawab soalan diajukan, Rohani Ibrahim (Pas-Tanjong Mas) semasa sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) turut menyatakan soalan tambahan mengenai sejauh mana projek-projek berkenaan boleh membantu memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Menjawab soalan tambahan berkenaan, Hanifa berkata, limpahan ekonomi akan berlaku secara tersendiri apabila sesebuah kawasan itu dibangunkan dengan kilang dan sebagainya.

"Sebagai contohnya di Pengkalan Chepa, bila ada kilang ada limpahan ekonomi kepada penduduk setempat. Perumahan akan naik, peluang kontraktor untuk buat rumah. Maka itulah antaranya limpahan yang juga akan berlaku di kawasan-kawasan berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan: