Segera jemput parti pembangkang lain sertai PH

Maria Chin, Aiman Athirah, Hannah
Maria Chin, Aiman Athirah, Hannah
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga pemimpin wanita Pakatan Harapan (PH) menyarankan agar gabungan itu secara rasmi menjemput parti pembangkang lain menyertai pakatan tersebut.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Ahli Dewan Negara, Aiman Athirah Al Jundi, mereka berpendapat PH perlu mengekal dan memperkasakan sokongan yang diperoleh daripada parti pembangkang yang lain.

"Biarpun PH dan parti pembangkang berjaya menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan, namun jumlah 105 sokongan yang dimiliki oleh beliau masih tidak mencukupi.

"Sehubungan itu, kami menyarankan supaya PH segera membuat jemputan rasmi kepada semua parti pembangkang yang terdiri daripada Parti Warisan (Warisan), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk menyertai gabungan ini.

"Jumlah sokongan 105 ahli Parlimen pembangkang yang dibuktikan pada tempoh hari perlu dikekalkan dan diperkemaskan lagi dalam bentuk persefahaman yang lebih formal menuju Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang," katanya pada Selasa.

Jelasnya, langkah tersebut juga amat bertepatan dengan hasrat dan pendirian yang telah dinyatakan oleh PH untuk membina kerjasama di kalangan parti pembangkang mengikut kerangka ‘khemah besar’.

"Kebersamaan ini perlu diikat kemas supaya sokongan padu dan kekuatan angka 105 ini dapat meyakinkan rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bahawa PH merupakan pilihan paling tepat untuk memimpin Malaysia. Mohon disegerakan," katanya.

Artikel Berkaitan: