Tubuh membesar diserang penyakit

Akibat penyakit dialaminya, badan Mohammad Rosli membesar tiba-tiba menyebabkan dia kini hanya terlantar di atas katil dan dibantu isterinya, Nur Hidayu di rumah sewa mereka di Kampung Parit Air, Rantau Panjang.
Akibat penyakit dialaminya, badan Mohammad Rosli membesar tiba-tiba menyebabkan dia kini hanya terlantar di atas katil dan dibantu isterinya, Nur Hidayu di rumah sewa mereka di Kampung Parit Air, Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Bapa kepada dua cahaya mata hanya mampu reda dengan keadaan tubuh badannya yang membesar tiba-tiba akibat penyakit sehingga menyebabkan dia memerlukan bantuan lima orang dewasa setiap kali mahu bergerak.

Mohammad Rosli Yaacob, 42, berkata, disebabkan semua anggota badannya 'mengembang', dia kini hanya mampu terlantar di atas katil sejak Julai lalu.

Menurutnya, berat badannya turut naik daripada 90 kilogram (kg) ke kira-kira 125kg pada masa kini sehingga menyukarkan pergerakannya.

"Penyakit saya ini dikesan pada November lepas, dan hasil rawatan di hospital pihak doktor memberitahu ia mempunyai kaitan dengan penyakit buah pinggang.

"Semenjak itu setiap sebulan sekali saya akan menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu," katanya ketika ditemui semasa menerima kunjungan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Solution yang diwakili oleh Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed di Kampung Parit Air, Rantau Panjang di sini pada Isnin.

Dalam kunjungan tersebut Che Norhayati menyampaikan sumbangan zakat serta barangan dapur kepada keluarga Mohammad Rosli.

Menurutnya, disebabkan penyakitnya itu, dia kini tidak dapat melaksanakan pekerjaannya sebagai pembantu am Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok.

Artikel Berkaitan:

Che Norhayati (kiri) daripada NGO Cempaka Merah Asnaf Solution menyampaikan zakat kepada Mohammad Rosli sekeluarga bagi meringankan beban mereka.
Che Norhayati (kiri) daripada NGO Cempaka Merah Asnaf Solution menyampaikan zakat kepada Mohammad Rosli sekeluarga bagi meringankan beban mereka.

Katanya, bagaimanapun ADUN Gual Periok, Datuk Mohamad Awang membantu keluarganya dengan membayarkan sewa rumah setiap bulan yang berjumlah RM400.

Mohammad Rosli berkata, kini dia bergantung harap kepada isteri, Nur Hidayu Syukri, 30, yang mengambil upah membuat kek dan lempuk durian.

"Tetapi pendapatan isteri bergantung kepada permintaan dan pernah dia langsung tidak menerima sebarang tempahan daripada pelanggan.

"Lebih memeritkan semua keperluan harian saya dan anak-anak yang berumur empat dan tujuh tahun seperti lampin pakai buang, susu dan keperluan dapur perlu ditanggung oleh isteri," katanya.

Menurutnya, dia ada memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ia masih lagi dalam proses dan keluarganya kini hanya bergantung kepada bantuan sanak saudara untuk meneruskan hidup selain berjimat cermat.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03-081-02-037877-1 Mohammad Rosli Yaacob.