'Jangan hanya lihat IWK sebagai pembetungan'

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM - Usaha menyedarkan masyarakat untuk menjaga kelestarian serta kemapanan alam sekitar melalui satu sistem penyelenggara pembetungan yang lebih baik sewajarnya dipertingkatkan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), Datuk Teo Yen Hua berkata, langkah berkenaan adalah penting bagi memastikan generasi akan datang masih dapat menikmati pembangunan serta alam sekitar yang mampan.

Bagaimanapun menurutnya, usaha meningkatkan kesedaran berkenaan agak sukar dilaksanakan sekiranya masyarakat masih menganggap Indah Water Konsortium sebagai sebuah agensi pembetungan sahaja.

“Nak sedarkan masyarakat dengan memberikan pemahaman yang mendalam mengenai penjagaan alam sekitar ini susah. Rakyat tak nampak. Kita ada 1.3 juta sistem individual septik tank yang perlu kita uruskan kerana tak mesra alam.

“Jangan hanya anggap isu ini (IWK) sebagai utiliti yang jaga pembetungan sahaja, sedangkan apa yang lebih penting ialah kesedaran dalam menjaga alam sekitar,” katanya sempena Wacana Sinar ke 77 bertajuk IWK: Bukan Sekadar Kumbahan di Dewan Karangkraf, di sini, semalam.

Sementara itu, Yen Hua berkata, dari segi kegunaan air yang dirawat IWK ianya memang berpotensi untuk digunakan dalam aktiviti bukan minuman.

Menurutnya, difahamkan IWK juga kini dalam usaha untuk membuat projek printing dengan kilang bagi membolehkan air dirawat IWK digunakan lebih baik.

“... penting sekali kita perlu kenal pasti lokasi-lokasi berhampiran kilang-kilang. Kalau kita terpaksa menyalurkan air itu jauh, kos tinggi dan satu lagi paip yang digunakan hendaklah paip yang berasingan.

“Jangan campur aduk dengan paip yang kita guna untuk minuman, itu akan datangkan banyak bantahan,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Menurutnya, kesemua itu bergantung kepada kos dan harganya.

“Kalau kita tahu sudah lebih 20 tahun IWK ini dia punya kadar (yang dikenakan kepada pengguna) masih sama.

Menurutnya, sekiranya kos tinggi pulangan sikit, susah untuk menjadikannya sebagai projek mampan.

“Kena lihat ke mana perginya kos, kena adil kepada golongan berpendapatan rendah, kena jaga mereka dan dalam masa yang sama mampu menyediakan pembangunan lestari atau mampan,” katanya.