Penafian penglibatan Sinar Harian dalam penerbitan video 'Mak Dah Siap'

No Image Caption
A
A
A

1. Sempena Bulan Kemerdekaan, Sinar Harian menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan pelbagai berita, artikel, video dan program yang disiarkan menerusi akhbar dan platform digital Sinar Harian.

2. Menyambut semangat memeriahkan Bulan Kemerdekaan, Sinar Harian juga bersetuju untuk menjadi rakan sinergi membantu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mempromosikan aktiviti dan program merdeka mereka.

3. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara NGO yang mendapat persetujuan kerjasama Sinar Harian dalam mempromosi Kempen Bulan Kebangsaan 2021.

4. Bagaimanapun satu video pendek bertajuk 'Mak Dah Siap' yang telah disiarkan di YouTube menerusi saluran TV IKRAM sejak Ahad 22 Ogos 2021, didapati menyentuh sensitiviti kaum.

5. Logo Sinar Harian telah disertakan pada akhir video tersebut.

6. Bagaimanapun, Sinar Harian tidak terlibat dalam penghasilan dan penerbitan video yang menimbulkan rasa kurang senang dalam sesetengah masyarakat Malaysia.

7. Kami di Sinar Harian memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan salah faham mengenai video yang diterbitkan oleh pihak ketiga.

Sekian, terima kasih.

Artikel Berkaitan:

Pengurusan Sinar Harian