Pengurus pusat hiburan dikompaun RM25,000

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pengurus premis sebuah pusat hiburan dikompaun RM25,000 manakala tujuh pelanggan dikenakan kompaun RM5,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang pandemik Covid-19 dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sungai Way, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, ketika serbuan jam 3 petang itu, pengurus pusat hiburan yang merupakan wanita tempatan berusia 40 tahun ditahan kerana gagal mengemukakan lesen jualan minuman keras yang sah.

Menurutnya, polis turut menahan tiga pekerja warga asing dan merampas sembilan botol minuman keras pelbagai jenama.

"Ketika premis diserbu, kesemua pelanggan yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun itu sedang leka berhibur.

"Pengurus premis itu kini ditahan reman tiga hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976 manakala tiga lelaki warga asing akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Fakhrudin berkata, dua pelanggan berusia 22 tahun dan 25 tahun yang positif dadah jenis methamphetamine serta ketamin sudah dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada Isnin di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: