Pemandu kereta terlibat kemalangan maut serah diri

Pemandu sebuah kereta yang terlibat dalam dalam kejadian kemalangan maut pada 21 Ogos lalu tampil menyerah diri kepada pihak polis pada Isnin.
Pemandu sebuah kereta yang terlibat dalam dalam kejadian kemalangan maut pada 21 Ogos lalu tampil menyerah diri kepada pihak polis pada Isnin.
A
A
A

MANJUNG - Pemandu sebuah kereta yang terlibat dalam dalam kejadian kemalangan maut pada 21 Ogos lalu tampil menyerah diri kepada pihak polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada jam 2.50 petang.

Menurutnya, ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Permohonan reman akan dibuat esok. Suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ringkas kepada pemberita pada Isnin.

Pada Ahad, polis Manjung menahan seorang penumpang kereta yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tiga nyawa di KM4 Jalan Kampung Acheh-Sitiawan pada Sabtu.

Lelaki berusia 24 tahun yang ditahan itu positif dadah dan merupakan penumpang hadapan kereta Proton Preve yang dipercayai terbabas melanggar enam motosikal dari arah bertentangan dalam kejadian pada 5.30 petang itu.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd Nur Hisham Hassan, 29, Hasrandy Bahrum, 27, dan Mohd Suhail Zainal, 22. Ketiga-tiga mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut nahas lima kenderaan di Sitiawan

Artikel Berkaitan: