Bekas CEO perlu didakwa pecah amanah: Peguam Najib

Najib (tengah) bersama pegawainya meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Bernama
Najib (tengah) bersama pegawainya meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Hazem Abd Rahman perlu didakwa atas kesalahan pecah amanah (CBT) dana syarikat itu.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian semasa prosiding kes tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Muhammad Shafee mendakwa, Mohd Hazem, 49, bersekongkol dengan pegawai kanan 1MDB yang lain iaitu Azmi Tahir untuk melakukan kesalahan tersebut.

Katanya, Mohd Hazem juga bekerjasama dengan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi; bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Terence Geh Choh Heng dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low untuk mendapatkan pinjaman AS$975 juta dari Deutsche Bank.

“Pinjaman dari Deutsche Bank itu ‘dikitar semula’ ke entiti Aabar palsu di Seychelles, kemudian dipindahkan beberapa kali ke entiti lain seperti Bridge Global Absolute Return Fund, Brazen Sky Limited, Lambasa Global Opportunity Fund dan juga 1MDB Global Investment Limited (1MDB-GIL).

“Mohd Hazem memainkan peranan dalam penipuan itu terhadap barisan ahli lembaga pengarah syarikat 1MDB bahawa ia dapat menarik balik sebahagian portfolio pelaburannya,” katanya.

Artikel Berkaitan: