Bangladesh enggan terima pelarian dari Myanmar

Lebih 700,000 pelarian Rohingya memasuki Bangladesh selepas gelombang keganasan kedua tercetus di Rakhine pada 2017.
Lebih 700,000 pelarian Rohingya memasuki Bangladesh selepas gelombang keganasan kedua tercetus di Rakhine pada 2017.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Bangladesh, semalam memberitahu Majlis Keselamatan PBB (UNSC) ia tidak lagi akan menerima pelarian dari Myanmar.

Setiausaha Luar, Shahidul Haque berkata, krisis mengenai penghantaran pulang ratusan ribu pelarian Rohingya yang berlindung di negara itu telah menjadi semakin buruk dan menggesa UNSC mengambil tindakan tegas.

"Saya kesal untuk memaklumkan bahawa Dhaka tidak lagi berada dalam kedudukan untuk menerima lebih ramai pelarian dari Myanmar. Adakah Bangladesh perlu menanggung beban kerana menunjukkan empati terhadap etnik minoriti yang tertindas dari negara jiran," ujarnya.

Di bawah perjanjian dicapai bersama Bangladesh, Yangon bersetuju untuk membawa pulang sebahagian pelarian, namun PBB menegaskan jaminan keselamatan kepada pelarian Rohingya menjadi syarat untuk melaksanakan proses penghantaran pulang golongan terbabit.

Selepas lima kali lawatan ke Yangon, Wakil PBB ke Myanmar, Christine Schraner Burgener menyatakan usaha tersebut menyaksikan kemajuan yang perlahan dan krisis tersebut dikhuatiri menjadi lebih buruk pada pilihan raya tahun depan.

"Agensi PBB diberikan akses 'tidak mencukupi' untuk membantu menghantar pulang pelarian Rohingya," katanya.

Sementara itu, Duta Myanmar, Hau Do Suan menegaskan kerajaan telah mengambil langkah dan merayu agar semua pihak bersabar.

Jelasnya, ia memerlukan masa dan kesabaran serta keberanian untuk membina kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan masyarakat yang berbeza di Rakhine. - AFP

Artikel Berkaitan: