X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Letak jawatan Timbalan Speaker, Azalina akan keluar kenyataan

Azalina Othman Said - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Datuk Seri Azalina Othman Said akan mengeluarkan kenyataan berhubung laporan beliau menghantar surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Nanti saya keluar kenyataan,” katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Pada Isnin, The Star memetik sumber melaporkan Ahli Parlimen Pengerang itu telah meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Menurut laporan tersebut, beberapa ahli Parlimen daripada pelbagai parti turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

Tular di media sosial pada Isnin senarai menteri kabinet baharu yang menamakan Azalina sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Parlimen dan undang-undang.

Azalina merupakan antara 15 Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seterusnya menyebabkan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!