X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

10 daerah di Kedah catat peningkatan kes Covid-19

Sebanyak 10 daerah terutama di Pendang di Kedah mencatatkan peningkatan kes Covid-19 pada minggu lepas berbanding minggu sebelumnya. Gambar hiasan
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak 10 daerah terutama di Pendang di Kedah mencatatkan peningkatan kes Covid-19 pada minggu lepas berbanding minggu sebelumnya.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, Kedah mencatatkan 12,852 kes Covid-19 iaitu peningkatan sebanyak 7 peratus berbanding 12,048 kes pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun menurut beliau, secara umumnya, semua daerah di Kedah menunjukkan tren meningkat kecuali daerah Kuala Muda dan Yan sepanjang minggu Epid 33 pada 15 hingga 21 Ogos.

"Daerah Pendang mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu 28 peratus, diikuti Baling sebanyak 25 peratus dan Langkawi 21 peratus," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau memberitahu, kes jangkitan Covid-19 di negeri ini menunjukkan tren meningkat bermula pada minggu Epid 25 dan masih belum menunjukkan penurunan sehingga minggu lepas.

Berdasarkan situasi ini katanya, tren jangkitan Covid-19 belum menurun di Kedah.

"Peningkatan kes dikesan di luar kluster, peningkatan kes dikesan melalui saringan bergejala dan saringan kendiri serta kepelbagaian jenis kluster baharu membuktikan perkara ini," katanya.

Tambah beliau, sebanyak 7206 kes atau 56 peratus kes baharu di Kedah melalui saringan kontak rapat yang dikesan sepanjang minggu lepas.

"Kira-kira 20 peratus bersamaan 2622 kes baharu lagi dikesan melibatkan saringan bergejala, 1179 kes atau 9 peratus daripada saringan kendiri, 7 peratus daripada saringan kluster dan 5 peratus melalui saringan tempat kerja," katanya.

Dr Mohd Hayati memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu dilaporkan dalam tempoh sama di Kedah iaitu empat kluster komuniti, dua kluster industri, dua kluster pusat tahanan dan satu kluster tapak bina.

Dalam perkembangan sama katanya, kira-kira 18 peratus individu di negeri ini belum mendaftar sebagai penerima vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau turut memaklumkan, sehingga 21 Ogos 2021, seramai 59.3 peratus daripada 1,540,600 warga dewasa berumur 18 tahun ke atas di Kedah telah mendapat satu dos vaksin sementara 36.3 peratus pula lengkap 2 dos

"Kira-kira 40 peratus warga Kedah yang layak divaksin dijangka menerima vaksin lengkap pada hujung Ogos ini," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!