X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan

Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Perak menunjukkan sedikit penurunan pada petang Isnin dengan 271 orang daripada 73 keluarga berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS). Gambar hiasan
A
A

IPOH - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Perak menunjukkan sedikit penurunan pada petang Isnin dengan 271 orang daripada 73 keluarga berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 291 orang daripada 79 keluarga pada sebelah pagi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang di daerah Larut, Matang dan Selama berkurangan kepada 82 orang daripada 26 keluarga berbanding 102 orang daripada 32 keluarga pada sebelah pagi.

"Jumlah mangsa banjir di PPS SK Changkat Lobak di daerah Kerian kekal 111 orang daripada 26 keluarga, manakala PPS SK Alor Pongsu kekal 68 orang daripada 19 keluarga.

"Di daerah Kampar, jumlah mangsa di PPS Dewan Serbaguna Kampung Batu 20 juga kekal 10 orang daripada dua keluarga," menurut portal itu.

Dalam pada itu, kerja membaik pulih dua ban yang rebak dilanda arus deras pada Jumaat lepas menggunakan cerucuk, sementara batang kelapa di ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah, Alor Pongsu sudah disiapkan bagi menghalang aliran air sungai memasuki kawasan penempatan penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memasang bongkah batu bagi memperkukuh ban yang rosak selepas kerja menanam cerucuk berkenaan.

“Mengikut perancangan, JPS juga akan menggunakan beberapa pam untuk mengepam air keluar dari kawasan yang terjejas dengan banjir untuk mengeringkan air yang masih terperangkap disebabkan dua lokasi ban yang rebak ini.

"Air banjir pada hari ini menunjukkan sedikit penurunan disebabkan air laut yang mengalami pasang surut dapat mengurangkan tahap banjir,’’ katanya ketika ditemui pada Isnin.

Mohd Sabli berkata, pihaknya sedang bersiap sedia membuat persiapan awal untuk membuka sebuah lagi PPS di sebuah sekolah di sini berikutan aliran air banjir mungkin merebak ke kawasan kampung lain. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!