Isu gajah liar di Kota Tinggi dibawa ke sidang DUN

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kebun kelapa sawit seluas kira-kira 400 hektar yang diusahakan penduduk kampung dan peneroka Felda di daerah Kota Tinggi dilaporkan musnah akibat serangan gajah liar sejak 10 tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Rosleli Jahari berkata, serangan gajah liar merupakan isu yang serius kerana bukan sahaja merosakkan hasil tanaman malah sudah meragut tiga nyawa penduduk sebelum ini.

"Kerajaan negeri perlu mengambil tindakan tegas bagi mengatasi isu serangan gajah yang sudah menjadi igauan ngeri kepada penduduk di Kota Tinggi terutama di Felda Lokheng Timur, Lokheng Barat, Felda Easter dan Felda Pasak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-14 di sini pada Isnin.

Rosleli turut berharap agar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) diswastakan bagi memastikan usaha pemuliharaan haiwan liar terutama gajah dijalankan dengan lebih berkesan dan dilaksanakan secepat mungkin.

"Kalau kita katakan gajah ini sebagai binatang yang diberikan kehidupan, kenalah jaga bagi makan bagi tempat tinggal. Jangan ditinggalkan bersama kita di kampung.

"Mengikut rekod, dengan bantuan Felda, sepanjang lebih 17.3 kilometer (km) pagar elektrik telah dipasang dengan menelan belanja sebanyak RM377,000 dan 36.8km parit gajah telah dibuat dengan kos sebanyak RM326,000.

"Ia melibatkan empat Felda di Kota Tinggi, Johor iaitu Felda Lokheng Timur, Lokheng Barat, Felda Easter dan Felda Pasak," katanya.

Artikel Berkaitan: