JPNJ rangka pelan tindakan cari penyelesaian guru tolak vaksin

Mazlan
Mazlan
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dalam usaha merangka pelan tindakan dalam mencari penyelesaian terhadap 779 guru di negeri ini yang dilaporkan menolak vaksin Covid-19.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, JPNJ akan memanggil guru berkenaan dalam masa terdekat bagi diberikan kaunseling serta penerangan berhubung tanggungjawab pendidik dalam memastikan risiko sekolah tidak menjadi lokasi penularan wabak.

"Setakat ini JPNJ belum lagi memanggil 779 guru berkenaan, namun ia akan dilakukan dalam masa terdekat. Ada juga (guru enggan divaksin) telah dinasihati oleh pengetua serta guru besar.

"JPNJ sedang merancang pelan tindakan yang mesra dan lebih berkesan dalam menyelesaikan isu ini," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru yang menolak menerima vaksin Covid-19 dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: TMJ bertemu guru tolak vaksin pada Jumaat

779 guru di Johor enggan terima vaksin

Mazlan berkata, JPNJ akan membantu memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin kepada 779 guru terbabit.

Artikel Berkaitan:

Menerusi jawapan yang dikemukakan pada sesi soalan lisan bagi Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14 pada Ahad, Mazlan menjelaskan seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor sudah menerima dos pertama.

Berdasarkan statistik, seramai 23,746 guru pula sudah lengkap kedua-dua dos berkenaan sehingga Khamis lalu.

Mazlan dilaporkan berkata, JPNJ akan membantu memberi penerangan tentang kebaikan vaksin supaya golongan guru terbabit akan menerima vaksin.

"Kerajaan Johor akan memanggil 779 guru yang menolak vaksin itu secara individu bagi diberi penerangan dan kaunseling supaya mereka faham kepentingannya apatah lagi sesi persekolahan dijangka dibuka Oktober nanti," katanya.