Lantikan kabinet akan dirunding: Tuan Ibrahim

TUAN IBRAHIM
TUAN IBRAHIM
A
A
A

SHAH ALAM - Sebarang keputusan mengenai penglibatan pemimpin Pas dalam kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibuat secara rundingan terlebih dahulu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu selari dengan kedudukan parti berkenaan sebagai sebahagian daripada parti komponen kerajaan.

“Pas akan berunding terlebih dahulu dalam pembentukan kabinet. (Ini kerana) kita adalah sebahagian daripada kepimpinan negara dalam komponen kerajaan yang wujud hari ni,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Pengumuman tentang pembentukan kabinet baharu adalah antara tumpuan ramai sejak pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu lalu.

Selain kerusi panas membabitkan Timbalan Perdana Menteri, pemerhati politik juga memberi tumpuan kepada cadangan pelantikan Menteri Mentor dan sama ada Ismail Sabri akan mengekalkan jawatan yang diwujudkan ketika penubuhan kerajaan Perikatan Nasional seperti Menteri Kanan.

Artikel Berkaitan: