JPJ Melaka lelong kereta mewah September depan

Kereta Mini Copper bakal dilelong JPJ Melaka pada September depan.
Kereta Mini Copper bakal dilelong JPJ Melaka pada September depan.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Melaka menyasarkan lelongan sebanyak RM1.5 juta membabitkan 46 kenderaan termasuk kereta mewah bermula September depan.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, lelongan itu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat bermula 6 September dengan nilaian kenderaan terendah iaitu RM965.

Menurutnya, dokumen sebut harga itu boleh dimuat turun secara percuma di laman web dan laman sosial Facebook JPJ Melaka dan mereka boleh menghantar dokumen sebut harga menerusi pos atau serahan di kaunter.

"Berbeza pada kali ini, jualan lelongan kenderaan diadakan secara norma baharu dan lawatan tapak dilakukan melalui Google Form iaitu terhad seramai 20 orang sehari.

"Kenderaan yang boleh dilesenkan itu termasuk kereta mewah seperti Mini Cooper dan Subaru Impreza yang ditawarkan bermula RM10,000," katanya ketika meninjau kaunter bergerak JPJ secara pandu lalu di Bukit Katil, di sini pada Isnin.

Muhammad Firdaus (dua dari kanan) menyerahkan cenderahati dan Jalur Gemilang kepada seorang pelanggan yang menggunakan kaunter bergerak secara pandu lalu di Bukit Katil, Melaka pada Isnin.
Muhammad Firdaus (dua dari kanan) menyerahkan cenderahati dan Jalur Gemilang kepada seorang pelanggan yang menggunakan kaunter bergerak secara pandu lalu di Bukit Katil, Melaka pada Isnin.

Jelas Muhammad Firdaus, pihaknya mengambil inisiatif membuka kaunter itu bermula Isnin hingga Jumaat dengan waktu operasi dari 9 pagi hingga 4 petang, manakala jumaat diawalkan dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.

"Pelbagai urusan boleh dilakukan orang awam tanpa janji temu membabitkan pembaharuan lesen kenderaan persendirian, pembaharuan lesen memandu Malaysia, bayaran saman kompaun aktif bagi saman baharu serta pelbagai lagi.

Artikel Berkaitan:

"Kita berharap orang ramai dapat mengambil peluang untuk menggunakan perkhidmatan ini termasuk bayaran saman dengan tawaran pengurangan 70 peratus bagi saman-saman tertentu," katanya.