X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Covid-19: 17,672 kes baharu, 174 kematian

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes harian positif Covid-19 terus menunjukkan penurunan dengan 17,672 kes dilaporkan pada Isnin.

Penurunan angka kes positif Covid-19 di bawah 20,000 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak Sabtu lalu.

Selangor melaporkan 4,316 kes, diikuti Sabah (2,474), Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).

Perak (952), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (tujuh).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah harian itu, 436 kes adalah kategori tiga hingga lima.

"Sebanyak 17,236 lagi adalah kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, secara keseluruhan, 14,337 kes daripada jumlah yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

"Dapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius," katanya.

Beliau berkata, peningkatan jumlah itu menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini adalah 1,572,765 kes.

"Kes aktif adalah 260,700 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,040 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

"Daripada jumlah itu, seramai 502 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Menurutnya, terdapat 174 kes kematian dicatatkan membabitkan 158 rakyat tempatan dan 16 warga asing.

Ujarnya, terdapat 21 kes BID yang mana melibatkan 14 rakyat Malaysia dan tujuh warga asing.

"Jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini adalah 14,342," katanya.

Tambahnya, sebanyak 19,053 kes sembuh turut dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 1,297,723 kes.

Mengulas mengenai kluster, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 30 kluster baharu dikenal pasti menjadikan jumlah keseluruhannya, 4,472.

Ia terdiri daripada 18 kluster tempat kerja, 10 kluster komuniti dan dua kumpulan berisiko tinggi.

"Sebanyak 3,033 kluster telah tamat manakala 1,439 masih aktif," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!