Solskjaer sifatkan EPL jadi saingan sukan ragbi

Pemain United, Bruno Fernandes tidak berpuas hati dengan asakan daripada pemain Southampton, Jack Stephens pada perlawanan berkenaan. Foto Gettyimages
Pemain United, Bruno Fernandes tidak berpuas hati dengan asakan daripada pemain Southampton, Jack Stephens pada perlawanan berkenaan. Foto Gettyimages
A
A
A

PENGENDALI Manchester United Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) seharusnya ditukarkan menjadi saingan khusus untuk sukan ragbi setelah menyaksikan aksi kekasaran pemain Southampton pada pertemuan kedua-dua pasukan di St James Park, pada Ahad.

Menurut Solskjaer, hampir di keseluruhan perlawanan kesebelasan The Saints dilihat mempamerkan aksi-aksi kasar kepada kesebelasan United, namun pengadil dilihat masih boleh ‘bertolak ansur’ dengan insiden kekasaran berkenaan.

“Bagi saya, pemain Southampton dilihat telah mempamerkan aksi kasar. Sebagai contoh, pada ketika pemain United, Bruno Fernandes sedang mengatur gerakan ke arah pintu gol Southampton.

“Bagaimanapun, ketika itu pemain Southampton, Jack Stephens telah meluru dan merempuh Fernandes dengan tangan dan pinggulnya dan bagi saya ia satu kekasaran yang nyata dalam sukan bola sepak,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan pemain Southampton membuka jaringan menerusi pemain The Red Devils, Fred yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-30, sebelum Mason Greenwood menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-55.

Untuk rekod, kenyataan Solskjaer itu dibuat sehari selepas pengendali Liverpool, Juergen Klopp mengkiritik pengadil yang bertugas pada aksi berdepan Burnley 21 Ogos lalu yang disifatkannya tidak ubah seperti perlawanan gusti.

Dalam pada itu pengendali Southampton Ralph Hassenhuettl berkata, dia berlapang dada menerima komen yang mendakwa skuad kendaliannya itu mempamerkan aksi kasar pada pertemuan berkenaan.

Malah katanya, aksi-aksi sedemikianlah yang menyebabkan dirinya menjadi begitu berminat dengan saingan EPL.

Artikel Berkaitan:

“Saya adalah salah seorang peminat EPL kerana saingan di liga ini sememangnya berbeza, terutamanya apabila ia melibatkan situasi-situasi begini.

“Namun, apa yang penting adalah kita berjaya meraih mata sulung kita bagi musim ini” katanya.