Jalur Gemilang hiasi Tambak Johor

Tambak Johor dihiasi dengan Jalur Gemilang dan Bendera Johor sempena bulan kemerdekaan.
Tambak Johor dihiasi dengan Jalur Gemilang dan Bendera Johor sempena bulan kemerdekaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 200 Jalur Gemilang dan Bendera Johor akan dipasang di laluan Tambak Johor sepanjang 1 kilometer bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata, sudah menjadi tradisi untuk mengibarkan kedua-dua bendera tersebut setiap kali menjelang 31 Ogos.

"Semangat dan roh kemerdekaan tidak harus luntur daripada sanubari rakyat.

"Dengan kibaran bendera ini sedikit sebanyak dapat melahirkan semangat kemerdekaan dan menumpahkan kemeriahan di Tambak Johor yang sepi sepanjang tahun ini kerana masih berdepan dengan musim yang sukar susulan wabak Covid-19," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat dan mencetuskan solidariti dalam mendepani apa jua cabaran mendatang.

Justeru, beliau mengajak semua pihak bersama-sama menterjemahkan bentuk solidariti itu dengan mengibar megah Jalur Gemilang sebagai tanda sentiasa bersatu padu dalam melawan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: