Kutipan hasil lesen PBT Johor menurun

Ayub Jamil
Ayub Jamil
A
A
A

ISKANDAR PUTERI- Tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang mengecualikan bayaran lesen penjaja dan peniaga perusahaaan kecil dan sederhana (PKS) pada tahun lepas menyebabkan kutipan hasil yang diperoleh merosot.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil berkata, jumlah kutipan hasil lesen PBT di negeri ini adalah sebanyak lebih RM64 juta

Katanya, sebanyak lebih RM32 juta pula telah diperoleh bermula pada awal tahun ini hingga 31 Julai lalu.

"Hasil lesen menyumbang antara 30 hingga 35 peratus daripada hasil bukan cukai.

"Hasil lesen ini terdiri daripada beberapa kategori antaranya lesen perniagaan, lesen iklan, lesen pasar dan lesen penjaja," katanya ketika menjawab soalan dikemukan Chew Choong Sin (DAP- Mengkibol) pada sesi soalan lisan Mesyuarat Pertama Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, di sini pada Isnin.

Ayub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, setakat 31 Julai lalu, jumlah lesen yang berdaftar dengan PBT di Johor sebanyak147,135 lesen.

Tambah beliau, penurunan kutipan hasil lesen juga disebabkan PBT di negeri ini tidak mengenakan sebarang denda lewat atau kompaun kepada mana-mana peniaga yang lewat atau gagal memperbaharui lesen dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Satu.

Artikel Berkaitan: