Kerajaan baharu perlu prihatin terhadap harapan rakyat

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan kepimpinan yang mengemudikan kerajaan baharu perlu menyedari bahawa betapa besarnya pengharapan rakyat ketika ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengharapan rakyat kini adalah supaya pandemik Covid-19 yang mengorbankan hampir 14,000 nyawa dan kes mencecah 22,000 setiap hari dapat dibendung.

Sehubungan itu, beliau berkata, kini adalah masa untuk mereka yang diamanahkan sebagaii kerajaan baharu supaya berpendirian berani memperbetulkan keadaan dan kerosakan yang berlaku.

"Ternyata ia adalah suatu tanggungjawab yang besar lagi berat perlu dipikul seusai kegagalan terdahulu.

"Untuk itu, jangan diulangi kesilapan lalu. Dengarlah dan dalami denyut nadi rakyat di setiap masa," katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap negara yang sedang bergelut dengan isu kesihatan dan kemurungan ekonomi juga perlu dihayati.

"Amalan berselindung di sebalik 'kejayaan kosmetik' dan menyalahkan rakyat bukan lagi pilihan.

"Jadikan kesejahteraan dan keselamatan mereka sebagai keutamaan mengatasi yang lain. Berkhidmatlah dengan jujur lagi ikhlas untuk mengeluarkan negara daripada ancaman pandemik.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH, dengan ketulusan dan kejujuran pasti memperoleh keberkatan dan kemenangan. Pimpinan UMNO telah berjuang membuka pintu kepada landasan yang sebenar," kata beliau.