Sila log masuk terlebih dahulu.

Balu pesakit Covid-19 terima faedah Perkeso

Mohd Sharkar (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek kepada Nur Haslin (dua dari kanan) sambil diperhatikan Hamzi Hanifa (dua dari kiri) dan Roziah (kanan) di Taman Sri Layang, Mentakab pada Ahad.
Mohd Sharkar (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek kepada Nur Haslin (dua dari kanan) sambil diperhatikan Hamzi Hanifa (dua dari kiri) dan Roziah (kanan) di Taman Sri Layang, Mentakab pada Ahad.
A
A
A

TEMERLOH - Waris kepada pegawai perkhidmatan pelanggan CIMB Bank Berhad yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 7 Ogos lalu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pembayaran tersebut berikutan Allahyarham Muhammad Izzmanudin Ibrahim, 34, merupakan Orang Berinsurans (OB) dengan Perkeso.

Pengurus Perkeso Temerloh, Roziah Abd Wahid berkata, semakan mendapati waris kepada Allahyarham layak menerima dua jenis faedah.

Beliau berkata, bayaran faedah berkenaan ialah Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000.

Selain itu, katanya, bayaran pencen bulanan bagi Faedah Orang Tanggungan (FOT) akan dibayar kepada balu Allahyarham, Nur Haslin Mohd Suhaimi Udaya, 30, untuk seumur hidup dan anak-anak mereka, Muhammad Izz Thaqif Thalhah, 3, dan Muhammad Izz Qays Qarizh, lima bulan, sehingga berumur 21 tahun atau hingga mendapat ijazah pertama.

"Jumlah keseluruhan pencen bulanan yang dibayar kepada waris OB ialah sebanyak RM2,244.37 sebulan," katanya kepada pemberita ketika penyerahan faedah berkenaan kepada Nur Haslin di kediaman keluarganya di Taman Sri Layang, Mentakab di sini pada Ahad.

Hadir sama ialah Exco Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Timbalan Pengarah Perkeso Pahang, Hamzi Hanifa Mahyuddin.

Roziah berkata, sehingga kini terdapat 16 kes kematian akibat Covid-19 di daerah ini yang mendapat perhatian Perkeso.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Nur Haslin berkata, dia bersyukur dengan bayaran itu dan akan menggunakannya sebaik mungkin untuk masa depan anak-anaknya.

Allahyarham Muhammad Izzmanudin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 7 Ogos lalu selepas ditidurkan selama 14 hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Reda kehilangan suami akibat Covid-19