Sidang DUN Johor: 8,000 peranti PdPR diagih September

MAZLAN
MAZLAN
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Sejumlah 8,000 peranti bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) terdiri daripada komputer dan internet jalur lebar mudah alih dianggarkan bernilai RM25 juta akan mula diagihkan kepada pelajar sekolah di negeri ini pada September.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor ( JPNJ) sudah selesai membuat senarai pendek untuk melaksanakan agihan dengan tiga daerah iaitu Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kluang menjadi penerima tertinggi.

"Agihan peranti itu membabitkan 47 sekolah di Johor Bahru dengan bilangan pelajar seramai 1,316; Pasir Gudang 38 sekolah (1,064 pelajar) dan Kluang 29 sekolah (812 pelajar).

"Kerajaan Johor memilih untuk menyalurkan peranti komputer dan internet jalur lebar mudah alih kepada pelajar daripada keluarga B40 dan ibu tunggal berikutan ia lebih praktikal digunakan selain mempunyai memori lebih besar bagi menampung PdPR di rumah," katanya.

Beliau berkata demikian bagi ketika menjawab soalan dikemukakan Aminolhuda Hassan (Amanah-Parit Yaani) berhubung status inisiatif pemberian 8,000 peranti kepada pelajar memerlukan bagi pelaksanaan PdPR di Johor, ketika sesi soalan lisan Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14 pada Isnin.

Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkata, peranti terbabit akan dijadikan aset sekolah dan kemudahan ini akan dipinjamkan pelajar yang kurang berkemampuan.

Katanya, selain itu kemudahan internet jalur lebar mudah alih khas turut dibekalkam untuk kegunaan pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022 akan diserahkan kepada pihak sekolah.

"Proses perolehan 8,000 peranti ini sudah dilaksanakan bulan lalu dengan bekalan peranti akan mula diedarkan kepada sekolah dan pelajar mulai awal September ini dan dijangkakan selesai sepenuhnya pada November.

Artikel Berkaitan:

"Cabaran mendapatkan bekalan peranti yang disebabkan oleh kekurangan bekalan 'global shortage' dan gangguan pada rantaian bekalan telah menyebabkan jadual bekalan peranti, lewat diagihkan kepada sekolah dan pelajar.

"Namun kerajaan Johor juga telah mendapat kerjasama secara terus dengan pengeluar peranti tanpa melalui pihak ketiga bagi meminimumkan gangguan berkenaan," katanya.