Maqis Kedah rampas hampir 10 tan 'drum wood'

Maqis Kedah merampas hampir 10 tan 'drum wood' di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam pada Rabu.
Maqis Kedah merampas hampir 10 tan 'drum wood' di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam pada Rabu.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengagalkan cubaan membawa masuk kayu jenis 'drum wood' seberat hampir 10 tan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini pada Rabu.

Maqis Kedah berkata, pihaknya berjaya menahan sebuah kontena yang membawa 'drum wood' dari negara Thailand untuk tindakan lanjut dalam pemeriksaan kira-kira jam 5.15 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati 9,829 kilogram (kg) kayu yang cuba dibawa masuk berkenaan tidak mempunyai permit import yang sah daripada Maqis dan juga sijil fitosanitasi daripada negara asal.

"Kesemua drum wood yang dianggarkan bernilai RM9,138.42 tersebut ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan dibawah Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia [Akta 728] yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) di bawah Akta sama.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

" Maqis sentiasa memantau dan memeriksa keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara untuk memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar," jelasnya.

Artikel Berkaitan: